Sunday, September 26, 2010
KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-SyaakirAlkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akalmengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklahengkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yangmenciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakanmakhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yangbermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawabsebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yangbermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Akuadalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yangbermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Akuadalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakahengkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Akuadalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah makaAllah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangatjahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itumengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadimusnah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment