Powered By Blogger

Thursday, May 27, 2010

PAS KESAL HANYA SEBIJI DURIAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd. Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.Ini bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan. Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usahasama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011. Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.PAS menganggarkan bahawa kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan dimasa akan datang. Sewajarnya suatu tuntutan penjanjian pengecualian sewa atau kajian implikasi kewangan dibuat sebelum cadangan ini dilaksanakan. Kita tidak mahu, KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik Kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad. Kita tidak lupa, kedua-dua syarikat yang rugi ini juga menerima pelaburan dari Khazanah Nasional.PAS menuntut satu penjelasan dan pembentangan khas berkaitan isu ini dalam sidang parlimen akan datang oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu, suatu hari nanti anak cucu kita marah kerana tanah KTMB di Woodlands digadai hanya dengan sebiji durian!Ustaz Idris AhmadKetua Penerangan PAS Pusat

Pendedahan Berani: Luahan nenek kepada Gadis yang dirogol Bekas Ketua Menteri Melaka | Kerabu Bersuara ®

Pendedahan Berani: Luahan nenek kepada Gadis yang dirogol Bekas Ketua Menteri Melaka Kerabu Bersuara ®

BAPAK DAJJAL DI INDIA

Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi perkongsian yang teori yang diperolehi oleh hasil kajian saudara Ibnuyaacob melalui blog beliau Dajjal: The king of the world conspiracy.
(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.
(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”(Riwayat oleh At-Tarmizi)“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.
(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)
Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?
(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.
google_protectAndRun("render_ads.js::google_render_ad", google_handleError, google_render_ad);
September 24, 2008 Filed Under Konspirasi Yahudi

-->
Comments
24 Responses to “Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul”
ijamidayu on September 24th, 2008 10:19 am
Pergh!! Satu lagi konspirasi yg gila2..
Satu perkongsian yg wajar dilihat oleh mereka diluar sana..
copernicus on September 24th, 2008 6:48 pm
tertarik benar saya dengan tajuk dan isu ini.
hanya satu yang mahu saya ungkapkan… kebenaran dajjal dan kebinasaannya bukanlah satu perkara yang enteng… ia adalah perkara yang perlu diketahui dan sebolehnya didalami oleh setiap kita, umat akhir zaman. bab umat akhir zaman… terimalah bahawa kita sedang berada di ambangnya… kita perlu amat sedar akan hal ini. tiada sebarang dolak dan dalih lagi…
terima kasih banyak kepada si pembongkar isu ini… hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasamu…
kepada rakan-rakan yang benar-benar berminat dengan isu ini, saya tertarik dengan ingatan saya bahawa saya pernah terserempak dengan satu buku yang paling menarik perhatian saya di dalam soal hari kiamat dan dajjal ini. iaitulah buku yang bertajuk:
Dajjal Sudah Muncul Dari Kurasan- menyingkap syubhat dan kedustaan Beghawan Shri Satya Sai Baba, Diakah Al-Masih Ad-Dajjal yang dijanjikan?tulisan: Abu Fatihah Al-Adnaniterbitan: Telaah Kitab Ar-Risalah
jadi… pergilah ke book store atau buat carian di internet… saya pasti, isu terkini yang dikupasnya benar-benar akan membuka mata dan akal fikiran si pembacanya…
ingat, dajjal adalah musuh yang jelas! sebaris dengan syaitan!
kak awwa on September 25th, 2008 10:02 am
salam aidilfitri..sungguh menarik perkongsian ini..rupanya dah ada dajal sekarang ni ya…mmg banyak………
wan on September 28th, 2008 2:53 pm
mungkin kebenaran akan terbongkar satu hari nanti……..tunggu dan lihat lah… bersedialah…..
yan on September 29th, 2008 6:32 pm
ohoh…dajjal…
Jefry on September 30th, 2008 7:41 pm
Dajjal ???DiAlam Antah Berantah ianya disebut Azazil,Dizaman penciptaan lembaga Adam ianya digelar Iblis,Semasa zaman Rasulullah SAW ianya disebut Syaitan,DiAkhir Zaman iannya disebut dengan gelaran Dajjal,Maka suku sakatnya disebut Yakjut Makjut…..
Jefry on September 30th, 2008 11:11 pm
Mohon maaf andai kata paparan pertama saya itu amat berat untuk difahami.
Tetapi begitulah kisahnya dan unsur kejadiannya. Azazil, Syaitan, Iblis, Jin, Dajjal, Yakjut Makjut dan sebagainya adalah pelbagai nama, pelbagai peranan, tetapi dari Bani/Gulungan yang satu. Dari martabat Malaikat (Unsur Nur) lalu terkutuk menjadi Iblis (Unsur Api). Kezahirannya mengikut ketentuan yang telah Allah Azzawajalla telah tetapkan, dari masa kemasa.
Berbalik kita keBab Dajjal. Secara amnya maksud Dajjal itu yang menutup Kebenaran (Al-Haq), yakni dari perilaku Syaitan yang membawa Asmak Ya Mudhil - Yang Menyesatkan.. Sebab itu ianya dilambangkan bermata satu. Maksud mata satu itu, adalah yang hanya celek mata zahirnya sahaja, sedangkan mata batinnya buta. Maka serupalah maksudnya orang yang bertopengkan nafsu serakah, keegoan, pentingkan keduniaan semata-mata. Barangsiapa telah celek kedua matanya, maka Insya’Allah akan terlepaslah ia dari hasutan dan pengaruh Dajjal al-Masikh.
Maka Isa Al-Masih adalah satu watak yang berlawanan. Nabi Isa AS terkenal dengan gelaran Ruhul Quddus. Beliau membawa Asmak Al-Hadi yakni Penunjuk KeJalan Kebenaran. Dialah yang dipercayai akan turun membantu Imam Mahdi (The Light Being), menghapuskan Dajjal, Yakjut dan Makjut, serta mengambalikan Ke”Adil”an dan kemakmuran sejagat, sebagaimana dizaman kegemilangan Islam dibawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
Kita sekarang sedang diambang Akhir Zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran Fitnah Zaman, diramalkan kemuncaknya sekitar tahun 2012. Kita sedang dalam zaman peralehan Zaman Gelap masuk kepada Zaman Cahaya. Maka tenaga “CAHAYA” itulah yang amat digeruni oleh pihak musuh-musuh Islam. Maka konspirasi Yahudi (Dajjal) serta konco-konconya US dan pihak Barat (Yakjut Makjut) itu sentiasa licik bertindak bagi menggagalkan kebangkitan Imam Mahdi itu.
Maka rupa Dajjal itu terpulanglah pada tanggapan masing-masing. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak, watak dan ciri-ciri Dajjal itu ada pada setiap individu. Cuma kepatuhan pada ajaran Syariat dan Hakeqat Islam yang sebenarnya, keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala serta mengharapkan pertolonganNya Insya’Allah kita terlepas dari godaan dan haru-biru Fitnah Zaman itu.......IKHLAS DARI LOVESYG>>CABANG BUNGOR MANONG..

Tuesday, May 25, 2010

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati.4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman, jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling, mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.Ini adalah nyawa anda. Sila ‘forward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja!Dr Muhd Hishamuddin bin Abdul HalimProfessor & HeadChemical Pathology DepartmentSchool of Medical SciencesUniversiti Sains MalaysiaKubang Kerian

Wednesday, May 5, 2010

Dajjal: Raja Konspirasi Dunia
Front Page
Identiti Dajjal
Senarai Artikel Blog D’
Video Konspirasi
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda

Teori 2 : Dajjal adalah manusia berjasad
TEORI 2
Pandangan kedua ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.
Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan.
Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir-pemikir Islam kini mula mengkaji kitab-kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan-pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.
Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal. Berikut adalah teorinya.
Nama Asal Dajjal : As-Samiri (diambil dari al-Quran, Injil & Taurat)
Tempat Asal : Samirah, Palestin (diambil dari manuskrip)
Tarikh Lahir : 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (dari manuskrip kuno)
Umur : berumur panjang & masih hidup (dari al-Quran, hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Dahulu : Sebuah pulau batu antara Syria dan Iraq (hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Sekarang : Segitiga Bermuda (pendapat Jin Islam, sarjana barat, ulama’ Yahudi & manuskrip kuno)
Dajjal: Raja Konspirasi Dunia
Front Page
Identiti Dajjal
Senarai Artikel Blog D’
Video Konspirasi
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda

Teori 1 : Dajjal adalah suatu bentuk Ideologi
6 Comments

6 responses so far ↓

adisarwajagat // December 28, 2007 at 3:39 am Reply
pada pendapat saya, pada zaman Rasulullah Saw al-masih dajjal masih lagi terikat sehinggalah tercetusnya Perang Salib. Knight of Templar setelah menjumpai harta yang tidak bernilai harganya di Jurusalem yang bertanggungjawab meneruskan agenda al-masih dajjal dan bergabung dengan keluarga Rotschild. Kemudian menyerap masuk ke dalam gerakan mason lalu tercetusnya gerakan Freemasonary. Seterusnya meneruskan agenda mereka ke Amerika Syarikat setelah berjaya mencetuskan Revolusi France, di Perancis, revolusi di England, dan revolusi di Russia.

gustsrysyahidan // November 19, 2008 at 11:41 am Reply
Al Masih Ad Dajjalmenurut saya“Dajjal” arti leksikon adalah “menutupi”.“Al Masih” adalah “yang terpilih”.Al Masih adalah gelar untuk Isa Bin Maryam (Isa Al Masih) gelar tersebut bukan untuk dua orang, tiga orang atau lebih melainkan untuk satu orang saja yaitu Isa bin Maryam.
Maka “Al Masih Ad Dajjal” = Yang menutupi Yang Terpilih (Yang menutupi Al Masih)Yang menutupi ajaran Isa Al Masih, krn penutupan ini hanya berlaku pada ajarannya, tidak berlaku pada fisik.
Maka kita lacak apasih ajaran Isa Al Masih,Surat Maryam : ALLAH Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah DIA. Inilah jalan lurus.Dalam Alkitab : Bapaku lebih besar dariku, Bapaku lebih besar dari segalanya, Aku sendiri dengan diriku tidak mampu berbuat apa-apa. Dan sebagainya.
Bagaimana cara menutupi suatu ajaran, yaitu dengan cara membelokkan ajaran tersebut.Jika Isa mengatakan Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka dibelokkan menjadi Isa Adalah Anak Tuhan. Semakin banyak pembelokan-pembelokan maka ajaran Isa yang sebenarnya makin kabur pada gilirannya benar-benar terkubur, dalam situasi ini pantas disebut tertutup. Dan yang paling bertanggung jawab adalah ajaran Kristiani.
Ajaran Kristen yang dipelopori Paulus inilah yang menutupi ajaran Isa yang sebenarnya. Maka Ajaran KRISTEN adalah ajaran yang menutupi Al Masih (Al Masih Ad Dajjal).
Dajjal adalah Agama/isme Kristen.

tetsu // January 14, 2009 at 9:39 am Reply
saya pernah terbaca satu article dari seorang penulis indonesia yang berpendapat bahawa dajjal itu sbnrnya telah muncul pada zaman ini. bukti kemunculan dajjal telah banyak dilihat dan ianya sama seperti perumpamaan dalam Al-Quran.
antaranya;
“dajjal bermata satu”, itu boleh dilihat pada simbol illuminati iaitu the ‘all seeing eye’
“dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat”, itu adalah internet.
“dajjal boleh membelah gunung-ganang”, itu boleh dikaitkan dengan senjata-senjata moden seperti bom nuklear dan sebagainya.
“dajjal boleh bergerak seperti angin”, boleh dikaitkan dengan jet pejuang yang memusnahkan orang islam.
“segala pembohongan dajjal akan dipercayai semua orang” ini boleh dikaitkan dengan kejadian 11 september, dimana runtuhnya wtc. ramai yg menganggap ia dilakukan oleh orang islam yg dianggap ekstrimis padahal ia dilakukan oleh golongan illuminati. buktinya
http://www.youtube.com/watch?v=wbCcb6NV8Io&feature=related
“apabila bertemu dajjal, orang islam sanggup tidak mengaku islam” itu boleh terjadi apabila tentera yahudi/amerika ingin membunuh orang islam sahaja di muka bumi ini, tidak mustahil ramai orang islam yg akan tidak mengaku islam sedangkan orang-orang islam sekarang telah banyak melakukan perkara yg membawa kepada murtad.
pada pendapat saya, lebih baik kita menganggap bahawa dajjal itu memang telah muncul kerana dajjal tidak akan mengaku bahawa dirinya itu dajjal dan kita tidak akan tahu bagaimana rupa bentuk dajjal itu…tahu-tahu hari pembalasan telah tiba.
sekiranya kita tahu bagaimana rupa bentuk dajjal itu, sudah tentu mudah bagi kita untuk bertaubat dan membuat persediaan….bukan?maka, eloklah kita membuat persediaan lebih awal dan anggaplah dajjal itu telah wujud kerana buktinya amat ketara.

mail // September 17, 2009 at 11:01 pm Reply
i agree with u —-tetsu—

zy // October 23, 2009 at 2:02 am Reply
Setuju dengan pendapat tetsu….bukti yang sudah diberi dalam hadis dan Al-Quran kita semua sebenarnya dalam lingkungan zamannya…

firdaus_vespa team // January 6, 2010 at 10:20 pm
Dajjal: Raja Konspirasi Dunia
Front Page
Identiti Dajjal
Senarai Artikel Blog D’
Video Konspirasi
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda


(P/S: Cover buku di atas adalah edisi bahasa Indonesia, buku yang digunakan penulis untuk mengulas ialah edisi Bahasa Malaysia)
Tajuk Asal : ‘Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa Asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta’irah
Terbitan : Darul al-Basyir, Kaherah, Mesir
Penterjemah Asal : Drs. Tarmana Ahmad Qasim (Indonesia)
HURAIAN MENGIKUT BAB
PENGANTAR
Muhammad Isa Dawud (MID) memulakan kata pengantarnya dengan merujuk kepada respon pembaca-pembaca berasaskan buku karangannya sebelum ini yang bertajuk “Awas! Dajjal Menggempur Dunia dari Segitiga Bermuda” (Buku ini masih sukar diperolehi sama ada dalam bahasa Arab, Inggeris atau Melayu, atau mungkin tiada langsung dalam bahasa Melayu). Beliau memberitahu bahawa buku karangannya itu telah mendapat maklum balas yang baik sama ada pro atau pun kontra. Beliau juga menyatakan masih belum sempat menjawab beratus-ratus surat dari pembaca.
“…sehingga saya tidak mempunyai cukup waktu untuk membalas ratusan surat yang dilayangkan ke alamat saya.”
Menurut MID, hanya 2 surat yang menyatakan rasa tidak setuju tentang pendapatnya. Bayangkan pembaca bukunya adalah melebih 100,000 orang di seluruh dunia dan hanya kontra 2 orang sahaja. Maka disini penulis boleh simpulkan bahawa karangan dan penyampaian MID amat bagus dan berjaya meyakinkan para pembaca walaupun fakta-fakta yang dibincangkan nampak tahyul dan penuh mistik. Namun begitulah yang boleh kita simpulkan apabila seseorang yang berfikiran luas berjumpa dengan sesuatu perkara yang menjadi rahsia dalam umat Islam (khususnya soal DAJJAL), golongan seperti ini tidak mudah mengalah dan akan terus mencari fakta dan bukti-bukti yang boleh menyokong pandangan mereka. Malah dalam masa yang sama juga MID tidak keberatan untuk menolak hujahnya sendiri jika pandangannya itu kurang betul.
“…..juga untuk memperbaiki pelbagai pandangan dan teori yang agak mudah yang saya kemukakan dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’ yang telah tersebar dulu itu.”
MID memberitahu bahawa…
“Buku ini mengemukakan rinci perhubungan antara Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang…” Kemudian, beliau berkata…
“…saya akan mengemukakan lebih dahulu pelbagai realiti yang menyatakan bahawa Dajjal, yang dikutuk Allah termasuk dalam kelompok yang ditangguhkan kematiannya.”
Mungkin MID tersilap menyusun kata-kata. Dalam bukunya ini, persoalan asal-usul Dajjal, tempat kelahiran, panjang umur Dajjal dan pengembaraannya lebih dahulu diceritakan. Kemudian barulah persoalan kaitan Dajjal dengan piring terbang dihuraikan dengan panjang lebar. Penilaian Penulis+ Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. + Huraian MID dalam bab piring terbang agak lemah. Maksud penulis kerana fakta-fakta yang dihujahkan adalah fakta lama yang meleret-leret. Hanya satu ayat yang boleh dikaitkan dengan Dajjal iaitu “teknologi Dajjal sudah menjangkau berabad ke hadapan”, kemudian MID terus menyatakan hal ehwal piring terbang. Diharap pada penulisan akan datang MID boleh membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bagaimana Dajjal membina piring terbang dan mengapa piring terbang selalu tidak terbang di kawasan yang ada ramai orang. Seringkali di dengar hanya 2 atau 3 orang sahaja yang melihat. Seolah-olah piring terbang tersebut hanya sengaja ditayangkan kepada tempat tidak ramai orang. Namun penulis masih tidak memahami suatu perenggan dalam buku ini iaitu
“Sesungguhnya Dajjal yang dilaknati Allah berserta Iblis tidaklah sama dengan Samiri; pelaku fitnah dahulu kala yang membuat patuung anak lembu bersama Bani Israel.”
Agak menghairankan apabila MID menyatakan demikian, iaitu Samiri tidak sama dengan Dajjal. Sedangkan 60 peratus muka surat dalam buku ini mengisahkan hal ehwal Samiri yang panjang umur yang akhirnya mendiami Kerajaan Segi Tiga Bermuda. Penulis tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh MID, adakah berlaku kesilapan terjemahan, kesilapan penulisan atau sememangnya MID bermaksud begitu. Jika benar MID bermaksud begitu, amatlah pelik. Penulis tidak berjaya mendapatkan naskah berbahasa Arab, jika ada naskah Arab bolehlah dirujuk adakah berlaku terjemahan Melayu itu silap. Tidak mengapa, mungkin itu perkara kecil sahaja, kita tinggalkan dahulu bab kesilapan tulisan.
See also

Monday, May 3, 2010

Salam ukhuwah utk semua.....Hidup biar berani.....Anda semua ada berani??