Powered By Blogger

Thursday, May 27, 2010

Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi perkongsian yang teori yang diperolehi oleh hasil kajian saudara Ibnuyaacob melalui blog beliau Dajjal: The king of the world conspiracy.
(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.
(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”(Riwayat oleh At-Tarmizi)“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.
(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)
Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?
(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.
google_protectAndRun("render_ads.js::google_render_ad", google_handleError, google_render_ad);
September 24, 2008 Filed Under Konspirasi Yahudi

-->
Comments
24 Responses to “Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul”
ijamidayu on September 24th, 2008 10:19 am
Pergh!! Satu lagi konspirasi yg gila2..
Satu perkongsian yg wajar dilihat oleh mereka diluar sana..
copernicus on September 24th, 2008 6:48 pm
tertarik benar saya dengan tajuk dan isu ini.
hanya satu yang mahu saya ungkapkan… kebenaran dajjal dan kebinasaannya bukanlah satu perkara yang enteng… ia adalah perkara yang perlu diketahui dan sebolehnya didalami oleh setiap kita, umat akhir zaman. bab umat akhir zaman… terimalah bahawa kita sedang berada di ambangnya… kita perlu amat sedar akan hal ini. tiada sebarang dolak dan dalih lagi…
terima kasih banyak kepada si pembongkar isu ini… hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasamu…
kepada rakan-rakan yang benar-benar berminat dengan isu ini, saya tertarik dengan ingatan saya bahawa saya pernah terserempak dengan satu buku yang paling menarik perhatian saya di dalam soal hari kiamat dan dajjal ini. iaitulah buku yang bertajuk:
Dajjal Sudah Muncul Dari Kurasan- menyingkap syubhat dan kedustaan Beghawan Shri Satya Sai Baba, Diakah Al-Masih Ad-Dajjal yang dijanjikan?tulisan: Abu Fatihah Al-Adnaniterbitan: Telaah Kitab Ar-Risalah
jadi… pergilah ke book store atau buat carian di internet… saya pasti, isu terkini yang dikupasnya benar-benar akan membuka mata dan akal fikiran si pembacanya…
ingat, dajjal adalah musuh yang jelas! sebaris dengan syaitan!
kak awwa on September 25th, 2008 10:02 am
salam aidilfitri..sungguh menarik perkongsian ini..rupanya dah ada dajal sekarang ni ya…mmg banyak………
wan on September 28th, 2008 2:53 pm
mungkin kebenaran akan terbongkar satu hari nanti……..tunggu dan lihat lah… bersedialah…..
yan on September 29th, 2008 6:32 pm
ohoh…dajjal…
Jefry on September 30th, 2008 7:41 pm
Dajjal ???DiAlam Antah Berantah ianya disebut Azazil,Dizaman penciptaan lembaga Adam ianya digelar Iblis,Semasa zaman Rasulullah SAW ianya disebut Syaitan,DiAkhir Zaman iannya disebut dengan gelaran Dajjal,Maka suku sakatnya disebut Yakjut Makjut…..
Jefry on September 30th, 2008 11:11 pm
Mohon maaf andai kata paparan pertama saya itu amat berat untuk difahami.
Tetapi begitulah kisahnya dan unsur kejadiannya. Azazil, Syaitan, Iblis, Jin, Dajjal, Yakjut Makjut dan sebagainya adalah pelbagai nama, pelbagai peranan, tetapi dari Bani/Gulungan yang satu. Dari martabat Malaikat (Unsur Nur) lalu terkutuk menjadi Iblis (Unsur Api). Kezahirannya mengikut ketentuan yang telah Allah Azzawajalla telah tetapkan, dari masa kemasa.
Berbalik kita keBab Dajjal. Secara amnya maksud Dajjal itu yang menutup Kebenaran (Al-Haq), yakni dari perilaku Syaitan yang membawa Asmak Ya Mudhil - Yang Menyesatkan.. Sebab itu ianya dilambangkan bermata satu. Maksud mata satu itu, adalah yang hanya celek mata zahirnya sahaja, sedangkan mata batinnya buta. Maka serupalah maksudnya orang yang bertopengkan nafsu serakah, keegoan, pentingkan keduniaan semata-mata. Barangsiapa telah celek kedua matanya, maka Insya’Allah akan terlepaslah ia dari hasutan dan pengaruh Dajjal al-Masikh.
Maka Isa Al-Masih adalah satu watak yang berlawanan. Nabi Isa AS terkenal dengan gelaran Ruhul Quddus. Beliau membawa Asmak Al-Hadi yakni Penunjuk KeJalan Kebenaran. Dialah yang dipercayai akan turun membantu Imam Mahdi (The Light Being), menghapuskan Dajjal, Yakjut dan Makjut, serta mengambalikan Ke”Adil”an dan kemakmuran sejagat, sebagaimana dizaman kegemilangan Islam dibawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
Kita sekarang sedang diambang Akhir Zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran Fitnah Zaman, diramalkan kemuncaknya sekitar tahun 2012. Kita sedang dalam zaman peralehan Zaman Gelap masuk kepada Zaman Cahaya. Maka tenaga “CAHAYA” itulah yang amat digeruni oleh pihak musuh-musuh Islam. Maka konspirasi Yahudi (Dajjal) serta konco-konconya US dan pihak Barat (Yakjut Makjut) itu sentiasa licik bertindak bagi menggagalkan kebangkitan Imam Mahdi itu.
Maka rupa Dajjal itu terpulanglah pada tanggapan masing-masing. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak, watak dan ciri-ciri Dajjal itu ada pada setiap individu. Cuma kepatuhan pada ajaran Syariat dan Hakeqat Islam yang sebenarnya, keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala serta mengharapkan pertolonganNya Insya’Allah kita terlepas dari godaan dan haru-biru Fitnah Zaman itu.......IKHLAS DARI LOVESYG>>CABANG BUNGOR MANONG..

No comments:

Post a Comment